Sebuah kilang alat ganti kenderaan musnah dalam kebakaran di Taman Perindustrian Batu Caves, di Gombak, Selangor, hari ini. Foto Ihsan JBPM SELANGOR

KUALA LUMPUR – Sebuah kilang alat ganti kenderaan hangus sepenuhnya dalam kebakaran di Taman Perindustrian Batu Caves, di Gombak, Selangor, hari ini.

Penolong Pengarah Operasi, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Hafisham Mohd Noor berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada jam 3.17 petang.

Seramai 24 anggota bersama jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Selayang, Rawang, Sungai Buloh dan Petaling Jaya dikejarkan ke lokasi terbabit.

“Setibanya anggota di lokasi mendapati kebakaran membabitkan sebuah kilang alat ganti kereta berkeluasan 15,000 kaki persegi, bangunan kelas A.

“Anggaran kemusnahan terbakar 100 peratus. Terdapat seorang mangsa cedera di tangan dan telah dirawat oleh pasukan perubatan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Tambah Hafisham, kebakaran tersebut berjaya dikawal sepenuhnya pada pukul 4.07 petang dan punca kejadian masih dalam siasatan. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast