Foto The Sun.

LONDON – Newcastle akhirnya layak ke Liga Juara-Juara Eropah buat pertama kali dalam tempoh 20 tahun selepas seri 0-0 menentang Leicester, awal pagi tadi.

Anak buah Eddie Howe hanya memerlukan satu mata daripada dua perlawanan terakhir untuk mengesahkan kelayakan ke Liga Juara-Juara Eropah selepas Liverpool yang menghuni tangga kelima seri dengan Aston Villa pada Sabtu lalu.

The Magpies kini kekal berada di tangga ketiga Liga Perdana Inggeris selepas bangkit daripada penyingkiran ke kedudukan empat teratas liga hanya dalam 18 bulan lalu.

Musim ini turut menyaksikan Newcastle turut mara ke final domestik pertama sejak tahun 1999 sebelum tewas kepada Manchester United dalam saingan Piala Liga.

Selepas kali terakhir memenangi Liga Juara-Juara Eropah di bawah kendalian Bobby Robson pada tahun 2003, Newcastle yang bergelut dalam saingan Liga Perdana Inggeris sejak dua dekad lalu percaya mereka kini mampu menjadi calon kejuaraan sekali lagi.

Leicester pula yang membuat kejutan dengan menjulang EPL tujuh tahun lalu, kini di ambang penyingkiran untuk kali ke-12 dalam sejarah mereka.

Sekiranya kembali ke Liga Kejuaraan buat pertama kali sejak tahun 2018, Leicester akan menyamai rekod yang dipegang Birmingham.

Skuad kendalian Dean Smith itu berada di tangga ketiga tercorot selepas hanya menang sekali dalam 15 perlawanan liga.

Leicester kini hanya dua mata di belakang Everton yang berada di atas garis penyingkiran dan akan tersingkir jika The Toffees memenangi perlawanan terakhir mereka menentang Bournemouth, tanpa mengira keputusan perlawanan terakhir Leicester menentang West Ham. – MalaysiaGazette