Gambar hiasan

KUALA LUMPUR- Kementerian Pendidikan (KPM) akan melakukan penjajaran jadual peperiksaan awam agar selari dengan kalendar akademik persekolahan yang bakal dilaksanakan.

Ia susulan kenyataan Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek semalam yang mengumumkan kalendar akademik persekolahan akan kembali dibuka pada Januari bermula 2026.

“KPM telah meneliti cadangan untuk mengembalikan kalendar akademik persekolahan kepada Januari seperti sebelum ini.

“Penelitian ini turut melihat kepada kesesuaian penyediaan kalendar akademik untuk tahun seterusnya bagi memastikan pengajaran dan pembelajaran dapat dilaksanakan secara optimum,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Sehubungan itu, KPM merancang untuk memulakan kalendar akademik persekolahan sesi 2025 pada Februari tahun itu dan seterusnya kalendar akademik bagi sesi 2026 dapat dimulakan pada Januari 2026.

Menurut KPM, pertimbangan itu adalah berdasarkan Peraturan-Peraturan Pendidikan (Penggal, Hari dan Cuti Sekolah) 1998 yang menetapkan bahawa jumlah hari persekolahan tidak kurang dari 190 hari.- MalaysiaGazette

ARTIKEL BERKAITAN:

Sesi persekolahan Januari bermula 2026

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast