Foto Sky Sports.
LONDON – Kapten Manchester United, Bruno Fernandes mengakui dirinya sangat gembira kerana berjaya membawa United kembali bermain dalam saingan liga juara-juara Eropah selepas membelasah Chelsea 4-1 di tempat sendiri awal pagi tadi.
Pada masa yang sama pemain berusia 28 tahun itu  sangat bersimpati dengan nasib Liverpool yang akan bermain di liga Europa pada musim depan.
Kali terakhir Liverpool gagal menamatkan saingan di empat teratas pada musim 2015/2016 dengan menduduki tempat kelapan yang musim peralihan daripada Brendan Rodgers kepada Juergen Klopp.
Bagi United pula, ini merupakan musim yang positif di bawah arahan Erik ten Hag selepas melalui fasa yang sukar pada musim lalu kerana gagal melayakkan diri ke Liga Juara-Juara.
“Layak ke liga juara-juara merupakan satu hal bagus walaupun ia tidak sempurna kerana kami mahukan lebih banyak lagi namun dengan apa yang kami capai pada musim ini bagi saya ia adalah sempurna”.
“Kami telah mendapat piala yang menjadi matlamat kami sebelum ini selepas melihat kami tidak dapat memenanginya.
“Kini ia mengenai menamatkan musim dengan baik dan memberi tumpuan kepada Piala FA. Kami tahu bahawa layak ke Liga Juara-Juara akan sangat bermakna kepada penyokong.
“Bagi kami, ia mengenai mencapai matlamat kami sendiri. Sudah tentu, kami juga gembira jika Liverpool tidak layak, tetapi bagi kami perkara yang paling penting ialah mencapai yang terbaik untuk diri kami sendiri.”kata Bruno Fernandes kepada Sky Sports.- Agensi

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast