SPRM hakim
Logo SPRM

KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Rasuah Malaysia (SPRM) telah membuka fail siasatan berkaitan dakwaan wujudnya rasuah melibatkan projek Petronas serta sebuah syarikat minyak dan gas antarabangsa.

SPRM dalam kenyataan berkata, pihak Petronas telah memberikan kerjasama penuh berhubung siasatan melibatkan projek bernilai RM399 juta di Sarawak.

“Setakat ini, SPRM telah menemukan beberapa kelemahan dalam amalan, sistem dan tatacara kerja berhubung isu tersebut.

“Sehubungan itu, SPRM telah mencadangkan penambahbaikan prosedur operasi standard (SOP) sebagai langkah-langkah pencegahan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Tambah SPRM lagi, agensi itu turut meminta mana-mana pihak yang mempunyai maklumat baharu berhubung isu itu untuk tampil menyalurkan maklumat.

Katanya, siasatan selanjutnya akan dilaksanakan di bawah Akta SPRM 2009. – MalaysiaGazette