LONDON – Pemain sayap Manchester United, Antony akan diketepikan selama dua bulan selepas mengalami kecederaan buku lali, laporan The Independent.
Laporan pemeriksaan awal menunjukkan kecederaan itu berulang pada bahagian sama yang pernah menyebabkan dia diketepikan selama dua bulan musim lalu bersama Ajax.
Dia diusung keluar semasa separuh masa pertama ketika perlawanan menentang Chelsea di Old Trafford pagi semalam yang menyaksikan Red Devils menang 4-1.
Pemain antarabangsa Brazil itu terjatuh selepas berjaya melepasi beberapa pertahanan Chelsea sebelum dicabar oleh seorang lagi pertahanan Chelsea, Trevoh Chalobah sebelum tamat separuh masa pertama.
Sementara itu, legenda United, Paul Scholes yakin Jadon Sancho boleh mengisi kekosongan tempat yang bakal ditinggalkan oleh Antony dalam perlawanan akhir Piala FA menentang Manchester City minggu depan.