Foto Badminton Association of Malaysia - BAM.

KUALA LUMPUR – Beregu wanita negara, Pearly Tan-M Thinaah mempamerk semangat luar biasa di separuh akhir Masters Malaysia sebentar bagi meraih pentas final pertama mereka musim 2023.

Beregu ke-11 dunia itu mencipta kejutan ke atas gandingan kelima dunia dari Korea Selatan, Jeong Na Eun-Kim Hye Jeong dengan 21-19, 23-21 dalam aksi selama sejam 33 minit di hadapan penyokong sendiri di Axiata Arena.

Lawan Pearly-Thinaah di pentas final esok adalah beregu Korea Selatan, Baek Ha Na-Lee So Hee yang sebelum itu menewaskan gandingan Jepun, Mayu Matsumoto-Wakana Nagahara, 21-19, 21-14.

Pertembungan itu adalah yang kedua buat kedua-dua beregu dan kini mereka masing-masing terikat dengan satu kemenangan selepas Na Eun-Hye Jeong menewaskan mereka di suku akhir Seluruh England tahun lalu.

Pencapaian ke final Masters Malaysia adalah yang terbaik buat Pearly-Thinaah bagi kempen 2023 setakat ini selepas tiga kali terkandas di separuh akhir iaitu di Terbuka India, Masters Indonesia dan Terbuka Jerman. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast