KUALA LUMPUR – Beberapa barangan dijual lebih rendah daripada harga kawalan semasa di bawah Skim Harga Maksimum Musim Perayaan (SHMMP) Hari Gawai 2023.
Ketua Setiausaha Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN), Datuk Azman Mohd Yusof berkata, ini membuktikan para peniaga bekerjasama dengan KPDN untuk menjayakan skim tersebut.
“Kerajaan berharap semua pihak dapat mematuhi harga-harga yang telah ditetapkan dan menggunakan label merah jambu bagi barangan yang dikawal harganya,” katanya menerusi kenyataan.
Beliau berkata demikian selepas melakukan tinjauan ke atas peniaga di Farley Supermarket, Batu 6, Jalan Penrissen, Kuching, Sarawak.
Pelaksanaan Skim berkenaan bertujuan menstabilkan harga barangan semasa permintaan terhadap barangan dijangka akan meningkat semasa
Sebagai rekod, lapan jenis barangan dikawal di bawah pelaksanaan skim tersebut, selain enam daripada kategori ayam dan telur sedang dikawal di bawah Penentuan Harga Maksimum Ayam dan Telur Ayam yang sedang berkuat kuasa.
Sementara itu, Azman mengingatkan supaya peniaga sentiasa mematuhi SHMMP Hari Gawai 2023.
“Mana-mana peniaga yang melakukan kesalahan akan diambil tindakan di bawah
Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011,” tegasnya.- MalaysiaGazette