Menteri Kesihatan, Dr Zaliha Mustafa

KUANTAN – Kerajaan menerusi Kementerian Kesihatan (KKM) hari ini mengumumkan kelulusan sejumlah RM1.12 bilion peruntukan kepada Jabatan Kesihatan Negeri (JKNP) Pahang.

Menteri Kesihatan, Dr Zaliha Mustafa berkata, peruntukan tersebut bagi tujuan penambahbaikan infrastruktur dan peralatan perubatan.

“Kerajaan meluluskan peruntukan sejumlah RM1.12 billion bagi tujuan penambahbaikan klinik-klinik daif serta peralatan-peralatan yang perlu diperbaiki di pusat perubatan di seluruh Pahang,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas mengadakan lawatan di Jabatan Kecemasan dan Trauma HTAA di sini petang ini .

“Secara keseluruhannya terdapat 42 buah klinik yang akan dibaik pulih di negeri Pahang pada tahun 2023 melibatkan peruntukan berjumlah RM12.9 juta.

“Proses perolehan bagi 41 buah klinik telah selesai sepenuhnya dan kerja-kerja pembaikan telah dimulakan di klinik-klinik tersebut,” katanya. – MalaysiaGazette