Mohd Rosli Yusoff

KUANTAN – Prosiding kes berkaitan hak penjagaan ke atas kanak-kanak orang Asli berusia 9 tahun dijalankan di Mahkamah Tinggi Kuantan dan bukannya di Mahkamah Tinggi Syariah Kuantan.

Pengerusi Pertubuhan Peguam Syarie Negeri Pahang (PPSNP), Mohd Rosli Yusoff berkata, terdapat kekeliruan dalam kalangan orang ramai yang menyangka kes itu berlaku di Mahkamah Tinggi Syariah Kuantan.

“PPSNP mengambil maklum kegusaran masyarakat berkenaan dengan sebuah video yang tular di media sosial sejak 26 Mei 2023 berkaitan dengan suatu prosiding yang melibatkan seorang kanak-kanak perempuan di Mahkamah Tinggi Kuantan, Pahang.

“Oleh kerana ibu kanak-kanak tersebut diwakili oleh peguam, pihak kami percaya bahawa peguam tersebut telah dan akan mengambil langkah-langkah yang sewajamya bagi menjamin kepentingan dan hak ibu serta kanak-kanak tersebut.

“Pihak kami menyelar findakan mana-mana pihak atau individu yang membuat sebarang bentuk tohmahan, komen dan spekulasi negatif yang tidak berasas terhadap mana-mana institusi kehakiman dan perundangan dalam negara ini, sama ada sivil mahupun syariah,” katanya menerusi kenyataan, hari ini.

Mohd Rosli meminta semua pihak berlapang dada serta menghormati proses dan sistem kehakiman dan undang-undang di negara ini. – MalaysiaGazette

ARTIKEL BERKAITAN :

Kerajaan Negeri Pahang akan teliti kes Maisarah

Maisarah : Ibu mangsa buat laporan polis

JKM gagal dapat perintah hak jagaan sementara Maisarah

Polis panggil tiga saksi beri keterangan kes Maisarah

– MalaysiaGazette