Dua kanak-kanak mati lemas ditemui orang awam. - Gambar ihsan Bomba Pahang

KUANTAN – Dua remaja lelaki ditemui mati lemas di sungai berhampiran Jalan Kampung Batu Embun, Jerantut petang tadi.

Menurut Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Pahang, Zulfadli Zakaria, mangsa dikenali sebagai Mohd Safwan Zamri dan Mohd Hanafi Romzi, masing-masing berusia 13 tahun.

“Pihak bomba menerima panggilan kecemasan kira-kira 3 petang sebelum dua anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Jerantut dikejarkan ke lokasi,” katanya dalam kenyataan malam ini.

Namun, Zulfadli berkata, kedua-dua mangsa telah ditemui dalam keadaan tidak sedarkan diri di sungai tersebut oleh orang awam sebelum pihak bomba tiba.

Jenazah kanak-kanak itu kemudian diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast