DUBAI – Emiriah Arab Bersatu (UAE) mengumumkan penarikan diri daripada gabungan keselamatan maritim yang diketuai Amerika Syarikat (AS) dengan menyatakan ia mengkaji semula kerjasama keselamatan.

Beberapa pemerhati melihat perkara itu sebagai isyarat ketegangan hubungan AS-UAE berikutan hubungan yang lebih mendalam antara Abu Dhabi dengan China dan Rusia.

Bagaimanapun UAE menafikan terdapat perbezaan pendapat yang ketara, manafikan kenyataan yang disiarkan sebuah agensi berita sebagai ‘salah perwatakan dalam laporan yang disiarkan baru-baru ini mengenai hubungan keselamatan maritim AS-UAE’.

Gabungan Angkatan Maritim tersebut merangkumi angkatan tentera dari 34 buah negara dengan ibu pejabatnya terletak pangkalan tentera laut AS di Bahrain yang terlibat dalam keselamatan, counter-terrorism dan counter-piracy di Laut Merah serta kawasan Teluk.

“Berikutan penilaian kami yang berterusan terhadap kerjasama keselamatan yang efektif dengan semua rakan, dua bulan lalu, UAE menarik dari daripada menyertai Gabungan Angkatan Maritim,” menurut kenyataan Kementerian Hal-Ehwal Luar seperti dipetik agensi berita WAM.

Menurut kenyataan itu, UAE komited untuk terlibat dengan dialog dan ikatan diplomatik bagi tujuan keselamatan dan kestabilan serantau selain memastikan keselamatan pelayaran di perairannya seperti termaktub dalam undang-undang antarabangsa.

Lima minggu lalu, Iran menyita dua buah kapal tangki d iperairan Teluk berhampiran Selat Hormuz.

Kapal tangki kedua, Niovi, dalam perjalanan ke Dubai dari pelabuhan Fujairah di UAE.

Menurut kenyataan UAE yang mengulas laporan Wall Street Journal pada Selasa lalu yang memetik sumber AS dan negara Teluk, negara itu kecewa dengan kekurangan tindak balas AS terhadap penahanan dua kapal tangki tersebut yang disifatkan sebagai perhubungan ‘salah perwatakan’ antara kedua-dua negara.

Baru-baru ini hubungan AS-UAE tegang berikutan UAE meneruskan hubungan dengan Rusia dan kegagalannya untuk mengutuk penaklukan Ukraine.

UAE muncul sebagai hab perdagangan utama untuk emas Rusia ketika sekatan ekonomi dilaksanakan Barat dan hubungan UAE dengan China juga menimbul kekuatiran Washington. – Agensi

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast