Mahathir muhyiddin
Tun Dr. Mahathir Mohamad bersama Tan Sri Muhyiddin Yassin.

KUALA LUMPUR – Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin bersedia bekerjasama dengan semua tokoh Melayu dan Islam termasuk Tun Dr Mahathir.

Katanya, kerjasama berkenaan dilihat penting demi perjuangan membela agama, bangsa dan negara.

“Saya menyambut baik kenyataan YABhg Tun Dr Mahathir Mohamad yang bersedia bekerjasama dengan saya demi matlamat untuk memperjuangkan nasib orang Melayu dan Islam.

“Saya sedar perkembangan politik mutakhir ini perkembangan politik kini meletakkan umat Melayu dan Islam di negara ini di suatu persimpangan yang getir,” katanya menerusi kenyataan.

Semalam, Dr Mahathir berkata, beliau sedia kembali bekerjasama semula dengan Muhyiddin sekiranya kedua-dua pihak dapat mencapai matlamat yang sama.

Kenyataan terbaharu itu membayangkan kedua-dua bekas Perdana Menteri berkenaan berkemungkinan boleh kembali duduk semeja selepas bermusuhan selama lebih tiga tahun.

Muhyiddin merupakan Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) manakala Dr M pula adalah bekas Pengerusi parti berkenaan.

Tun Mahathir dipecat daripada Bersatu selepas berlaku perubahan kerajaan menerusi ‘Langkah Sheraton’ yang menyaksikan kerajaan Pakatan Harapan tumbang dan digantikan dengan kerajaan Perikatan Nasional yang dipimpin oleh Muhyiddin. – MalaysiaGazette

2 Komen

  1. Tiba masa untuk tinggalkan PN . Jangan jadi bodoh dan diperbodohkan.
    Hanya ahli PN berstatus lembu sahaja yang akan terus kekal bersama PN. Ayuh keluar beramai ramai tanda protes kerjasama dengan penyamun.

Comments are closed.