Bayi yang dikasari oleh seorang oengasuh wanita di Taman Samudera, Gombak.

 

KUALA LUMPUR – Seorang pengasuh wanita yang mengasari seorang kanak-kanak di sebuah pusat jagaan kanak-kanak telah didakwa di Mahkamah Selayang pada 30 Mei lalu.

Video itu dikesan oleh pihak Ibu Pejabat Polis Gombak selepas video tular kira-kira jam 3 petang tadi.

Pemangku Ketua Polis Daerah Gombak, Supritendan Noor Ariffin Mohamad Nasir berkata, hasil siasatan yang dijalankan mendapati kejadian tersebut berlaku pada 21 Mei lalu di sebuah pusat jagaan kanak-kanak di Taman Samudera, Batu Caves, Selangor.

Menurutnya, ibu kepada bayi tersebut telah membuat laporan polis pada hari sama selepas mendapati beberapa kesan lebam pada peha dan pipi anaknya.

Kes itu disiasat di bawah seksyen 31(1)(a) Akta Kanak – Kanak 2001, Seksyen 6(2) Akta Taman Asuhan Kanak-Kanak 1984 dan Undang-Undang 3, UndangUndang Kecil Tred Perlesenan, Perniagaan Dan Industri (Majlis Perbandaran Selayang) 2007 kerana menjalankan operasi pusat jagaan tanpa lesen yang sah.

Manakala suspek telah dituduh di Mahkamah Selayang pada 30 Mei lalu.

Bagi pertuduhan di bawah seksyen 31(1)(a) Akta Kanak- Kanak 2001, suspek yang berusia 23 tahun mengaku salah dan dijatuhkan hukuman denda RM10,000.00 dan bon kelakuan baik selama tiga tahun
serta dikenakan Perintah Khidmat Masyarakat.

Pemilik pusat jagaan tersebut telah dituduh di bawah seksyen 6(2) Akta Taman Asuhan Kanak-Kanak 1984, saspek tidak mengaku salah dan sebutan kes pada 7 Ogos 2023.

Manakala bagi pertuduhan di bawah Undang-Undang 3, Undang-Undang Kecil Tred Perlesenan, Perniagaan Dan Industri (Majlis Perbandaran Selayang) 2007, suspek mengaku salah dan dijatuhkan hukuman denda sebanyak RM1,000. – MalaysiaGazette

1 Komen

  1. makin moden dgn segala macam teknologi makin pelik perangai manusia hari ini. Adakah ini petanda bahawa fikiran manusia telah berevolusi kebelakang menjadi saperti IQ GORILA..balik kezaman batu.

Comments are closed.