pengundi perkauman sanusi perlembagaan persekutuan
Tan Chee Hiong

KUALA LUMPUR – Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor dikatakan tidak memahami Perlembagaan Persekutuan apabila mencadangkan agar undang-undang tertinggi negara itu dipinda bagi menyokong dakwaan Pulau Pinang dimilik oleh Kedah.

Timbalan Ketua Pemuda MCA, Tan Chee Hiong berkata, Perlembagaan Persekutuan yang menjadi asas penubuhan negara ini menyatakan bahawa setiap negeri mempunyai kedaulatan tersendiri.

“Perlembagaan Persekutuan sepatutnya menjadi undang-undang tertinggi yang melindungi hak setiap warganegara dan negeri.

“Justeru, ia tidak sepatutnya dipinda atas kehendak mana-mana individu atau pertubuhan lebih-lebih lagi apabila ia dilakukan semata-mata atas kepentingan mereka sendiri,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.

Kelmarin, Muhammad Sanusi dilaporkan berkata, Perlembagaan Persekutuan perlu dipinda bagi menyokong dakwaan bahawa Pulau Pinang adalah milik Kedah.

Chee Hiong menambah, kenyataan terbaharu Muhammad Sanusi tersebut membuktikan Perikatan Nasional (PN) hanya bergantung kepada kenyataan berunsur provokasi dan ekstremis untuk menarik sokongan.

Beliau memberitahu, rakyat diminta jangan terpenaruh dengan kenyataan yang disifatkan sebagai ancaman terhadap perpaduan nasional itu.

“Jika dibiarkan, ia boleh menyebabkan perselisihan dalam masyarakat dan memecahbelahkan rakyat,” jelasnya. – MalaysiaGazette

1 Komen

  1. Teruskan bumi (Penang) dipijak milik orang kibbutz muka tebal lurus bendul politikus Pak Pandir ooii!

Comments are closed.