KUALA LUMPUR – Pergerakan Pemuda UMNO tidak akan menjemput wakil mana-mana parti Kerajaan Perpaduan ke persidangan agung sayap itu yang dijadualkan minggu depan.
Ketuanya Dr Muhamad Akmal Saleh berkata, keputusan tersebut dicapai sebulat suara.
“Keputusan untuk tidak menjemput mana-mana parti ke perhimpunan Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia adalah keputusan diambil bersama oleh semua barisan Exco dan ketua pemuda negeri.
“Diundi dan mendapat undian sebulat suara oleh semua exco dan ketua pemuda UMNO negeri,” katanya kenyataan di media sosial.
Dalam video yang dikongsi, Akmal menegaskan Pemuda UMNO mahu memperbetulkan ‘rumah’ sebelum menjemput parti lain ke persidangan sayap tersebut.
Beliau menegaskan, persidangan itu dimanfaatkan sebaiknya sebagai platform memperkukuh kekeluargaan dalam kalangan Pemuda UMNO.
“Ini rumah kita sudah tentu hendak jaga, betulkan dahulu apa yang berlaku sebelum jemput orang luar masuk dan duduk bersama kita.
“Sebab itu pada kali ini insya-Allah untuk persidangan Pemuda UMNO tidak akan menjemput mana-mana parti, sebab bagi saya pada kali ini adalah masa untuk baiki dahulu hubungan rumah kita.
“Adik-beradik kita ini ada yang rasa tidak puas hati, keliru. Sudah la keliru dalam rumah kita kemudian jemput orang lain datang lagi bertambah keliru,” katanya.
Beliau yang juga Ketua UMNO Bahagian Jasin memaklumkan keputusan itu diambil kerana persidangan ini adalah himpunan pertama kali buat Pemuda selepas Pemilihan 2023/2026 yang telah diadakan pada Mac lalu.
Menurut Akmal, perwakilan akan mengunakan persidangan berkenaan untuk menyuarakan segala perkara yang terbuku di dalam hati masing-masing.
“Jadi ini adalah ruang untuk kita memperbaiki kelemahan, duduk bersama beri penerangan kerana ini adalah pentas kita, bagi ruang untuk bercakap seluas-luasnya.
“…tetapi ini tidak bermakna tidak menjemput parti lain kita tidak boleh bersama, tidak… kerana ini adalah Perhimpunan Agung Pemuda pertama.
“Jadi biarlah selesai antara kami, dah baik boleh panggil (parti lain) pada tahun hadapan tetapi kali ini adalah mengenai Pemuda UMNO, ini rumah kita,” ujar beliau.
Sebelum Setiausaha Agung UMNO Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki memaklumkan kesemua presiden parti komponen Kerajaan Perpaduan akan menghadiri Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2023.
Media turut melaporkan, Asyraf menafikan dakwaan bahawa Pemuda UMNO tidak menjemput rakan sayap parti lain di bawah Kerajaan Perpaduan.
“Biasanya sayap masing-masing akan ikut telunjuk cabang utama. Jadi, jika UMNO sendiri yang jemput parti-parti dalam Kerajaan Perpaduan, maka mereka akan mengikutinya,” ujarnya.
PAU 2023 akan membuka tirai pada 7 hingga 10 Jun ini di Pusat Dagangan Dunia (WTC) Kuala Lumpur. – MalaysiaGazette
Setepek kena muka Asraf Dasuki…ko ingat semua ahli UMNO mcm ko ker…muka kaki jilat tegar Zahid..
Pemuda UMNO “sekarang” ni macam ZAHID HAMIDI “sekarang” juga temberang dia… akarumbi UMNO masih “SEGAR” dengan SUMPAH dan MENGANGKAT AMANAT PAU.. tak lama selepas”BERKELIPMATA” je dia terus online dengan CIKGU dia siap buat “perjanjian individu” dengan DAP lagi. Sayonara goodbye Zahid Hamidi after PRN 6 NEGERI