KUALA LUMPUR – Pelajar sekolah perlu dilatih mencuci tandas sebagai salah satu aspek mendidik.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, mereka perlu dididik tentang aspek kebersihan tanpa mengira kedudukan ibubapa masing-masing.
“Kalau anak kita dilatih untuk cuci tandas dia tahu bagaimana ibubapa dia buat kerja di rumah. Dia akan hargai tukang cuci di jalanan di tandas awam bahawa ada nilai kerja.
“Kalau tidak mahu (cuci tandas) maka anak yang tidak mahu cuci tandas, mereka (golongan kayangan) tidak boleh guna tandas.
“Mereka boleh guna (tandas) di sekolah kayangan. Ini untuk latihan,” katanya ketika berucap dalam ketika merasmikan D’Anjung Selera Madani Jalan Jujur, Bandar Tun Razak, di sini, hari ini.
Hadir sama isteri Anwar yang juga Ahli Parlimen Bandar Tun Razak, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail; Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Zuki Ali dan Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Sr Kamarulzaman Mat Salleh.
Anwar berkata demikian merujuk kepada laporan Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek yang mana kebanyakan tandas di sekolah rosak teruk sejak berpuluh tahun lamanya.
Jelas Anwar, ketika aktiviti ini dilaksanakan ketika menjawat jawatan Menteri Pendidikan pada 1986 sehingga 1991, ada ibubapa daripada kelas atasan yang memberikan mesej negatif kepada beliau mempersoalkan tindakan mengarahkan anak mereka untuk mencuci tandas sekolah.
“Dulu masa saya jadi Menteri Pendidikan saya arahkan sekolah buat giliran bersihkan tandas. Ada Ibubapa kelas atasan hantar kepada saya berkata saya hantar anak saya belajar bukan untuk cuci tandas.
“Belajar ini adalah belajar tentang kebersihan, hormat orang termasuk yang cuci tandas. Muliakan nilai manusia yang bagi sumbangan.
“Jadi saya bagitahu kalau anak kita dilatih untuk cuci tandas dia tahu bagaimana ibu dia buat kerja di rumah. Dia akan hargai tukang cuci di jalanan di tandas awam bahawa ada nilai kerja,” katanya. – MalaysiaGazette
Anak2 kau pernah diajar cuci toilet tak? Dari kecik diasuh dalam budaya T20 jgak! Sembangla bang non
Berat dan sukar kerja PM ni… hingga LUBANG JAMBAN pun dibeleknya. Jangan biarkan JAMBAN bertaburan “berkunyit”.
Betul-betul Sanusi MB KEDAH cakap ANWAR IBRAHIM ni segalanya buat rakyat ketawa bukan setakat dia berucap malah bernyanyi dan berlari pun rakyat gelak. GEMPITA juga jenis MADANON ni… nak lawan formula Rafizi ke? hehehehe
tengok sejarah imam ghazali … sebelum jadi ulama mujtahid cuci tandas dulu untuk bersihkan hati d jadi orang tawaduk
memang otak ko berjambul..aku rasa kau ni jenis anak terbiar tak pernah didik dengan nilai nilai untuk menjadi anak yg pengasih. Itulah bila dah besar sombong bongkak
.tak reti nak kasihan org2 bawahan.
TERINGAT KISAH Allahyarham Tn Hj Datuk Nik Aziz yang membersihkan tandas seperti diceritakan oleh seorang ustaz..Bila di tanya tidak ke berasa malu atau dikeji tetapi arwah Tok Guru berkata beliau lebih risau dikeji serta malu di hadapan Allah swt kerana kekotoran di tandas boleh dibersihkan tetapi kebersihan diri kita manusia bukan semudah dibersihkan.
Terbaik Tuan. Semoga hati yg hitam si Hatabenros tidak sekotor tandas di rumahnya.
hatabenross ni mesti orang bijak pandai. elok duduk sekali dengan MPN.
Keturunan “Malaun” dapat dinilai melalui ungkapan kata2 yang keluar dari mulut mereka.
Walaupun aku tak sokong PH, tapi aku sokong kenyataan Anwar ini..
Nilai menjaga kebersihan, bertanggungjawab, khidmat & cintakan sekolah perlu dididik sejak dari tadika. Selain itu, dgn membersih tandas akan melahirkan sikap tawaduk dan membuang sifat sombong & angkuh..
sebab orang2 macam Hatabenross ni lah yang menyebabkan lahirnya generasi yang tidak beralhlak, kurang adab, tiada nilai kemanusiaan dan tidak pandai berdikari. perkara utama yang sekolah2 patut terapkan ialah nilai akhlak. memang patut dipraktikkan sejak dulu. bukan hanya ilmu. akhlak terlahir melalui perbuatan2 sukar yg menjadikan manusia rendah diri. hanya kerana tidak selari pendapat dengan perdana menteri baru, semua cadangan itu di lihat enteng dan sampah.
Yang betul dan baik, kita sokong lah – masa Najib jadi PM , wlpun tak suka 1MDB , saya tetap sokong PERMATA yg Kak Ros mulai dan dilaksanakan oleh DS Najib.
Ni tak suka anak basuh tandas sebab berkunyit? Mungkin kiamat dah semakin hampir buat Tuan/puan sbb salah satu tanda ialah “ Bila anak jadi tuan “. Wallahu’alam.
Org kaya htr lah anak ke International School, biar anak2 kami marhein sekolah kejaraan.Latih anak2 kami menjaga disiplin, kebersihan dll.Teruskan PMX, jgn peduli komen2 madaa tu
walaun… apa yg baik pun diorg x setuju…
saya salah satu murid Sekolah SMK Kapit,Sarawak tahun 1979. Saya Pengawas sebuah Asrama dan selalu mencuci tandas walaupun saya buat list@jadual mencuci tandas di kalangan penghuni asrama tersebut. Ada yg ikut arahn dan ada pula yg malas. Yg malas inilah yg buat tandas tak bersih. Mereka sengaja buang air besar dan air kecil di lantai bilik tandas. Jadi,sampai ke hari ini,saya masih rajin suci tandas di rumah sendiri. Tq PMX yg sangat baik.
kanak2 Di Jepun dah lama membersihkan tandas dan sekolah mereka.Hebatnya mereka 80 tahun lebih maju berbanding negara membangun.
Ia bukan undang2 tetapi budaya orang Jepun.Dasar pandang ke Timur oleh Tun M dulu tidak dihayati dan diterjemahkan sepenuhnya oleh rakyat Malaysia Terima kasih PMX yang melontar semula isu kebersihan tandas Di sekolah.Nampak kecil tapi impaknya besar untuk kesedaran generasi muda tentang kebersihan diri Dan alam sekitar.