Sumber: Gagasan Inovasi Rakyat Malaysia

KUALA LUMPUR – Kaji selidik pertubuhan Gagasan Inovasi Rakyat Malaysia (PGRM) mendapati 99,335 pencarum Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) terdesak dan memerlukan pengeluaran dari Akaun 1 tanpa cagaran.

Menurut Presdien PGRM, Azmi Mohd Tahir kajian dilakukan dari 15 Mei hingga 29 Mei lalu.

Data tersebut mendapati penduduk di Selangor paling tinggi memerlukan pengeluaran berkenaan iaitu seramai 25,587 orang diikuti Johor (14,359), Sabah (8,050), Perak (7,493), Kedah (6,472) Sarawak (6,370), Kuala Lumpur (6,269) dan Pulau Pinang (5,479).

Negeri Sembilan (4,573), Melaka (4,227), Pahang (4,196), Terengganu (2,537), Kelantan (2,510), Perlis (699), Labuan (454) dan Putrajaya (260).

Gambar file: Pengerusi Pertubuhan Gagasan Inovasi Rakyat (PGIR), Azmi Mohd Tahir bergambar bersama pencarum-pencarum selepas mengadakan mesyuarat bersama-sama Majlis Senator Malaysia (MSM) bagi mewakili pencarum menuntut pengeluaran khas KWSP 2.0 secara bersasar mengikut kategori di Bangunan Parlimen Kuala Lumpur. Foto AFFAN FAUZI, 15 OGOS 2022

Azmi berkata, pihaknya mempunyai senarai nama mereka yang benar-benar terdesak dan memerlukan pengeluaran tersebut.

“Yang terdesak dan terhimpit hanya 99,335 yang perlu diberikan perhatian wajar dan kebenaran meluluskan pengeluaran kecemasan KWSP bersasar demi meneruskan kelangsungan hidup.

“Pihak kami mempunyai senarai nama-nama pencarum yang lengkap hasil daripada kaji selidik yang dilakukan untuk diserahkan bagi tujuan ini.

“Pihak kami sangat mengharap untuk kali ini perdana menteri dan menteri kewangan memluluskan tuntutan rakyat ini demi kelangsungan hidup rakyat!” katanya dalam kenyataan.

Kajian itu mendapati seramai 3,096 mempunyai simpanan Akuan 1 lebih RM200,000; 16,207 antara RM100,000 hingga RM200,000; 40,267 antara RM10,000 hingga RM50,000 dan 12,517 bawah RM10,000.

Sumber: Gagasan Inovasi Rakyat Malaysia

Menurut Azmi seramai 63,338 (65.8%) adalah mereka yang disenaraihitamkan oleh institusi kewangan, diisytiharkan muflis 4,303 (4.3%), menerima notis bankrap 3,089 (3.1%),  menerima sitaan rumah 3,864 (3.9%), sudah dan bakal diusir dari rumah sewa 27,176 (27.4%) dan menerima kaunseling Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit 14,620 (14.7%).

Tambah beliau, jenis tunggakan pinjaman pemohon yang terdesak adalah perumahan 19,403 (19.5%), kenderaan 45,715 (46.0%), kad kredit 18,145 (18.3%), sewa rumah 36,930 (37.2%), pinjaman wang berlesen / ah long 51,005 (51.3%), pinjaman mikro tekun, Amanah Iktiar Malaysia 8,065 (8.1%) dan bil-bil utiliti 63,257 (63.7%).

Sumber: Gagasan Inovasi Rakyat Malaysia

Menurut data tersebut mereka yang membuat permohonan terdiri daripada berniaga sendiri (4.7%), dibuang kerja (2.3%), orang kelainan upaya (0.2%), tidak bekerja (15.2%), masih bekerja (36.6%), tidak bekerja kerana sakit (1.6%) dan tiada jawapan (39.4%).

Sumber: Gagasan Inovasi Rakyat Malaysia

Mereka yang terdesak terdiri daripada bapa tunggal (3.6%), ibu tunggal (5.0%), bujang (14.6 %) dan berkahwin (72.3%).

Sementara mereka yang memohon terdiri daripada inidvidu yang masih mencarum (35.6%), tidak lagi mencarum (25.0%) dan tiada jawapan (39.4%).

Hanya 7,263 (7.3%) responden memohon Fasiliti Sokongan Akaun 2 KWSP manakala sejumlah 92,072 (92.7%) tidak memohon atas pelbagai alasan. – MalaysiaGazette

3 Komen

  1. ye betul.Saya benar2 terdesak sbb tiada kerja dan berniaga tepi jalan jualan semakin merosot..Ditambah lagi saya terpaksa menyara dua keluarga(2 isteri).5 orang anak yg masih bersekolah.Saya amat memerlukan pengeluaran dari Akaun 1.

  2. saya sokong sebab sebelum ini, pelepasan adalah untuk semua, bekerja atau diberhentikan. tapi kali ini, bagi yg bekerja sendiri seperti kami, tiada gaji selama perpindahan kerajaan baru, menyebabkan putus wang pencarian. kajian perlu dilakukan sebelum memutuskan bahawa semua pemegang akaun kwsp nyata bekerja. itupun tidak perlu untuk semaksimum dulu, sekadar separuh untuk kelangsungan bayaran ansuran rumah dan kenderaan. terima kasih mg prihatin dgn berita ini.

Comments are closed.