Foto yang dikongsi Jeff Ooi di facebook beliau.

KUALA LUMPUR – Veteran DAP, Lim Kit Siang dilaporkan akan dikurniakan gelaran Tan Sri sempena Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah ke-64 esok.

Bekas ketua pembangkang yang ikonik dan bekas ahli Parlimen itu akan menjadi pemimpin DAP pertama yang dianugerahkan gelaran tersebut yang merupakan anugerah persekutuan kedua tertinggi selepas gelaran Tun.

Foto Kit Siang menghadiri raptai majlis penganugerahan darjah kebesaran itu dikongsi oleh Jeff Ooi Chuan Aun di Facebook beliau.

Veterans of the Lim Clan. Tan Sri Lim Kit Siang (Rehearsal). Penganugerahan adalah pada hari Isnin 5 Jun. Masih ada masa untuk membeli songkok.

“Songkok semasa raptai memang tak kena dengan kepala dia. Kelihatan songkok budak, hinggap di kepala ayah,” katanya.-MalaysiaGazette