rahmat
Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah bersama Datuk Seri Anwar Ibrahim.

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mendoakan semoga Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah sentiasa dilimpahi rahmat dan hidayah Allah serta berada dalam keadaan sihat, sejahtera dan penuh kedaulatan.

Beliau turut mendoakan semoga Seri Paduka kekal qarar memerintah dengan adil dan saksama serta terus berada pada kedudukan paling tinggi dalam Perlembagaan negara.

“Seiring fungsi institusi diraja sebagai pelindung agama Islam dan menjadi lambang perpaduan dan kesejahteraan semua kaum di negara Malaysia yang tercinta.

“Patik dan sekalian rakyat akan terus memberikan ketaatan dan kesetiaan yang tidak berbelah bahagi kepada institusi raja berperlembagaan,” katanya dalam hantaran Facebook hari ini.

Anwar berkata demikian sempena Hari Keputeraan Yang di-Pertuan Agong akan disambut di seluruh negara esok. – MalaysiaGazette