KUALA LUMPUR – Tiga penunggang motosikal yang berteduh daripada hujan di bawah jejambat maut dilanggar sebuah kereta di Kilometer 19.6 Lebuh Raya NKVE arah Selatan pada awal pagi tadi.

Tiga lagi penunggang motosikal cedera dan dikejarkan ke Hospital Sungai Buloh untuk menerima rawatan.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid berkata, ketika kejadian, kereta jenis Honda City Hatchback yang dipandu seorang lelaki warganegara tempatan hilang kawalan lalu melanggar enam buah motosikal.

“Lebih kurang 6.50 pagi tadi Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik IPD Petaling Jaya menerima satu laporan berkenaan kemalangan.

“Siasatan awal mendapati kemalangan berlaku 5.59 pagi semasa kejadian kenderaan Honda City Hatchback dalam perjalanan ke Cyberjaya dari Kuala Lumpur,” katanya menerusi kenyataan.

Mohamad Fakhrudin berkata, kesemua yang maut berusia di antara 19 hingga 37 tahun.

Menurut beliau, ekoran kejadian, pemandu kereta tersebut ditahan untuk siasatan lanjut.

Kes disiasat di bawah Seksyen 44(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Sementara itu, Fakhrudin meminta saksi kejadian tampil ke balai polis berdekatan bagi membantu siasatan.

Berhubung terus dengan Pegawai Penyiasat Inspektor Navalan a/l Ravindran di talian 014-2536820 bagi membantu siasatan.-MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

10 Komen

  1. Salam takziah. Berteduh dikawasan2 bergitu adalah amat merbahaya!

    Harap pihak2 berwajib dapat educate rakyat Malaysia berkenaan perkara tersebut.

    • Sudah menjadi kebiasaan penunggang motosikal berteduh di bawah jejantas, jembatan ketika hujan lebat dan menjadi tanggungjawab juga kepada pemandu kereta supaya berhati hati jgn memandu melulu..tanamkan sifat timbang rasa kepada pengguna motosikal..jgn berfikiran gorila tapi jadilah manusia yg berakal.

  2. berteduh di bawah jambatan,tinggi resiko bahayanya.tambahan lagi orang yg berteduh itu harus jauh dari lorong jalan,jangan berteduh tapi berada di bahu jalan.

  3. Honestly speaking… pemandu2 kenderaan ringan atau berat memang xnampak penunggang2 motosikal yg berteduh di eh jambatan jika hujan lebat…

    • Kalau ikut low itu laluan kenderaan,bukan tempat parking, kecuali kecemasan, sedangkn penunggang motosikal yg berteduh tu bukan dalam kecemasan, berteduh tu boleh, tapi kita juga kena fikirkan sebarang kemungkinan yang akan terjadi, gunakan parking motor yg telah disediakan, jika tiada tempat parking motor, boleh je duduk jauh dari motor, kalau ada kenderaan terbabas pun, motor je yg rosak,ni sayang sangat nk tinggalkan motor tu, ape boleh buat

  4. Kemalangan maut macam ni dah selalu sangat terjadi, penunggang motosikal sepatutnya kena lebih pentingkn keselamatan,. Aku juga penunggang motosikal, bila hujan aku berteduh bawah jambatan, fan aku duduk jauh dari jalan, selalunya aku tengok penunggang lain duduk selamba je atas motor, mungkin dia ingat dia ada 9 nyawa, takziah buat keluarga mangsa,

  5. Sebaik baik penungang motosikal rehat sebelah dalam pembahagi,,biar moto kt situ,kamu langkah kedalam.

  6. Daripada kita salahkan siapa salah siapa betul lebih baik kita fikirkan kan cara supaya penunggang boleh berteduh dengan selamat dibawah jambatan ketika hujan . ape pun saya cadangkan pada kerajaan untuk buat sedikit laluan khas luar dari divider dibawah jambatan untuk moto parking dan berteduh lebih selamat dn tak menganggu laluan kenderaan lain

  7. bukan kira nampak ke tak…kan motor tu parking ditepi jalan bawah jejantas bukan tengah jalan bawah jejentas…dah kenapa kereta tu nak jalan sampai tepi jalan…salah kan tu. kalau tak nmpk sbb hujan bawak la pelahan2 dan berhati2.

Comments are closed.