Orang ramai dinasihakat tidak menghampiri atau menyentuh ubur-ubur ni jika berkunjung di kawasan pantai di negeri ini keranan berkemungkinan spesies hidupan laut itu berbahaya.

KUANTAN – Orang ramai dinasihatkan tidak menghampiri atau menyentuh ubur-ubur berwarna biru yang ditemui di persisiran pantai di negeri ini berikutan kemungkinan spesies hidupan air itu berisiko dan berbahaya.

Pengarah Jabatan Perikanan Pahang Abdullah Jaafar berkata, pengunjung juga dinasihatkan supaya tidak mandi-manda di kawasan penemuan ubur-ubur bagi mengelakkan sebarang insiden yang tidak diingini berlaku.

”Kita masih belum boleh mengesahkan spesies ubur-ubur tanpa mendapat sampel sebenar bagi mengenal pasti spesies berbahaya.

”Orang ramai diingatkan supaya lebih berhati-hati ketika mengunjungi di kawasan pantai, kalau boleh elakkan mandi di kawasan berhampiran sekitar penemuan ubur-ubur,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Terdahulu tular gambar ubur-ubur yang dikatakan berwarna biru di Pantai Sepat, Kuantan dimuatnaik oleh pengguna media sosial Chet Joon melalui hantaran di Facebook sejak semalam.

Abdullah berkata, berdasarkan gambar yang viral itu, binatang laut itu berkemungkinan merupakan spesies Physalia physalis (Portugese Man o’ War) dari kelas ‘Hydrozoa’.

Difahamkan penemuan ubur-ubur itu di beberapa buah pantai di kawasan Kuantan dan Pekan seperti Pantai Kempadang, Pantai Sepat, Pantai Cherating, Pantai Cempaka, dan Pantai Lagenda. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast