Nurul Izzah (kiri) melancarkan jentera Angkatan Muda Keadilan (AMK) dan Wanita Keadilan Pulau Pinang hari ini.

PERMATANG PAUH – Kempen agresif Perikatan Nasional (PN) di media sosial diakui mengundang bahaya bagi Pakatan Harapan dalam menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) membabitkan enam negeri nanti.

Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Nurul Izzah Anwar berkata, PN aktif melakukan kempen menerusi laman sosial seperti TikTok dan PH perlu menangkis fitnah yang ditularkan pihak lawan.

Beliau yang juga Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri Pulau Pinang, Kedah dan Perlis menegaskan, jentera PN juga agresif dalam membuat laporan terhadap video yang dimuat naik oleh penyokong PH.

“Jadi kita mengingatkan kepada semua anggota dan pimpinan agar sentiasa berwaspada termasuk juga kepada pengundi kerana kita tidak mahu undian dibuat bukan berdasarkan fakta.

“Lebih-lebih lagi di bawah kerajaan negeri yang mendapat dukungan ramai di Pulau Pinang ini majoriti berpuas hati dengan kepimpinan Ketua Menteri, Chow Kon Yeow,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas melancarkan jentera Angkatan Muda Keadilan (AMK) dan Wanita Keadilan Pulau Pinang di sini, hari ini.

Dalam perkembangan lain, Nurul Izzah menyeru semua jentera PH bekerja keras dalam memenangi hati pengundi terutamanya pengundi muda bagi memastikan mereka memilih calon yang ditampikan parti Kerajaan Perpaduan pada PRN nanti.

“Walaupun sokongan dan tahap kepuasan hati masyarakat terhadap Kerajaan Perpaduan tinggi di Pulau Pinang kita kena serius dalam memastikan kemenangan di semua kerusi.

“Khususnya kerusi majoriti Melayu yang menjadi sasaran PN,” katanya. – MalaysiaGazette

2 Komen

  1. tak tahu lah kalau rakyat mudah sangat terpengaruh . bagi aku pn pas ini tak boleh di pilih jadi pemerintah malaysia . tak sesuai dengan sistem islam pas yang dipenuhi kepalsuan akidah . sebab itu orang muda dan pengajaran disekolah diberi ajaran yang betul . akidahbyang betul dan iman yang betul .
    bukan memelihara setan didalam jubah dan serban orang jahil akan terpengaruh dengan lagak ulamak padahal allah saja yang mengetahui nya

Comments are closed.