Gambar hiasan

DHAKA – Aktiviti bilik darjah di semua sekolah rendah kerajaan di seluruh Bangladesh akan ditutup selama empat hari kerana gelombang panas yang berterusan.

Kementerian Pendidikannya berkata, keputusan itu diambil demi kesihatan dan keselamatan kanak-kanak negara ini.

Gelombang haba telah melanda di kebanyakan bahagian Bangladesh, termasuk ibu kota Dhaka, ketika negara itu memasuki kemuncak musim panas, mendorong suhu ke paras rekod.

Pihak berkuasa dijangka mengambil langkah pencegahan selanjutnya jika gelombang haba berterusan. – Agensi

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast