Yahaya Othman

KUANTAN – Polis Pahang mengesahkan tangkapan seorang Ketua Polis Daerah (KPD) di negeri ini kerana disyaki menerima rasuah.

Ketua Polis Negeri, Datuk Yahaya Othman berkata, pihaknya memberikan ruang kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Negeri Pahang untuk menjalankan siasatan.

”Polis Pahang memberi jaminan tidak akan berkompromi dengan kegiatan salah laku, jenayah atau apa-apa perlanggaran undang-undang oleh pegawai-pegawai kami.

”Polis Pahang sedia memberikan kerjasama kepada pihak SPRM dalam menjalankan siasatan,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Terdahulu SPRM menerusi kenyataan memaklumkan pegawai kanan polis berusia 53 tahun telah ditahan petang tadi kerana disyaki menerima rasuah berjumlah anggaran lebih RM1 juta sejak tahun 2017 hingga 2022.

Bayaran rasuah ini disyaki bagi melindungi pusat-pusat hiburan dan pusat-pusat urut daripada sebarang penguatkuasaan yang boleh mengganggu perniagaan-perniagaan ini.

Tangkapan tetapi enggan mengulas lanjut. Siasatan dijalankan dibawah seksyen 17 (a) Akta SPRM 2009.- MalaysiaGazette

Ketua polis daerah Pahang disyaki terima suapan RM1 juta

1 Komen

Comments are closed.