KUANTAN – ”Good luck everyone” (Selamat maju jaya semua).

Ucapan ringkas itu dimuat naik oleh Tengku Panglima Perang Tengku Ahmad Ismail Mu’adzam Shah kepada semua calon-calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2022 yang akan menerima keputusan esok.

““Baca doa. Everything should be fine (Semuanya akan baik-baik sahaja),” katanya

Ucapan tersebut sebagai reaksi kepada salah seorang pengikut adinda kepada Pemangku Raja Pahang itu.

”Result SPM dah nak keluar, help, help, help,” tulis pengikut.

Pahang merekodkan seramai 20,850 calon SPM 2022.

Keputusan peperiksaan SPM peringkat negeri akan diumumkan di SMK Bukit Rangin pada jam 10 pagi esok. – MalaysiaGazette