Fadzli Mohamad Kamal ketika mengadakan lawatan kerja ke Pusat Operasi Digital Nasional Berhad (DNB) di Menara TRX, Kuala Lumpur,

KUANTAN – Kerajaan Negeri Pahang komited memastikan pelaksanaan 5G mengikut jadual dan perancangan yang ditetapkan bagi memastikan manfaatnya dapat dinikmati oleh pengguna dan juga pembangunan ekonomi negeri ini.

Exco Komunikasi dan Multimedia, Belia, Sukan dan Badan-badan Bukan Kerajaan Pahang, Fadzli Mohamad Kamal berkata, sebanyak 165 tapak perkhidmatan 5G telah beroperasi di lapan daerah di Pahang.

“(Sebanyak) 165 tapak ini memberi perkhidmatan 5G kepada pengguna di beberapa daerah iaitu Kuantan (104 lokasi), Bentong (14 lokasi), Pekan (17 lokasi), Rompin (11 lokasi), Temerloh (15 lokasi), Raub (2 lokasi) serta Lipis dan Cameron Highlands masing-masing 1 lokasi.

“Di Pahang, kadar liputan 5G di kawasan berpenduduk telah mencapai 38.7% dan dijangka akan mencapai 64.2% pada penghujung tahun ini, iaitu apabila semua struktur 5G siap kelak,” katanya menerusi kenyataan, hari ini.

Jelas Fadzli, kolaborasi dengan Digital Nasional Bhd (DNB) DNB dibincangkan bagi memastikan teknologi 5G dapat memberi manfaat yang lebih besar khususnya menyumbang kepada pembangunan ekonomi.

Sementara itu, Fadzli mengadakan lawatan kerja ke Pusat Operasi Digital Nasional Berhad (DNB) di Menara TRX, Kuala Lumpur,- MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast