Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menerima kunjungan hormat Presiden Indonesia Joko Widodo di Kompleks Seri Perdana, Putrajaya, 8 Jun 2023. - SADIQ ASYRAF/Pejabat Perdana Menteri

PUTRAJAYA- Malaysia dan Indonesia pertama kali senada dalam usaha kedua-dua negara selaku pengeluar minyak sawit mempertahankan komoditi berkenaan yang berhadapan ancaman kempen anti sawit.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menzahirkan ucapan tahniah kepada kedua-dua kementerian dari kedua-dua negara di atas usaha sama mereka mencapai kata sepakat.

“Tahniah kepada kedua-dua Menteri kerana pertama kali satu suara mempertahankan kepentingan kelapa sawit,” katanya semasa sidang media bersama Presiden Joko Widodo di Kompleks Seri Perdana, hari ini.

Baru-baru ini Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Perladangan dan Komoditi Datuk Seri Fadillah Yusof dan Menteri Koordinator Hal Ehwal Ekonomi (KOMENKO) Indonesia, Dr Airlangga Hartarto telah menyertai misi bersama ke Kesatuan Eropah bagi melindungi kepentingan sektor minyak sawit kedua-dua negara.

Kunjungan itu adalah di bawah Majlis Negara-Negara Pengeluar Minyak Sawit (CPOPC).

— BERNAMA

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast