KUALA LUMPUR – Tiada keperluan untuk DAP memohon maaf serta menarik balik segala tohmahan yang dilemparkan terhadap UMNO bagi membuktikan bahawa parti itu benar-benar ikhlas dalam menjalinkan persahabatan.
Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, perkara itu tidak timbul lagi kerana ia sudah melalui rundingan lebih awal antara UMNO dan DAP sebelum pembentukan Kerajaan Perpaduan.
“Perkara itu tidak perlu timbul lagi, kerana mereka telah menyatakan perkara ini beberapa kali.
“Malah di dalam perundingan kita untuk membentuk kerajaan ini pun perkara itu menjadi syarat utama kepada kita.
“Mereka bersetuju 100 peratus dan tidak perlu kita ulangi perkara yang telah mereka persetujui,” katanya pada sidang media di Laman Media pada Perhimpunan Agung (PAU) 2023 di Pusat Dagangan Dunia (WTC), di sini, hari ini.
Terdahulu, Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Dr Muhamad Akmal Saleh mendesak DAP meminta maaf serta menarik balik segala tohmahan yang dilemparkan terhadap UMNO sebelum ini.
Dr Akmal berkata, jika Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke Siew Fook sanggup ke Sarawak untuk meminta maaf kepada Gabungan Parti Sarawak (GPS) sebelum Kerajaan Perpaduan ditubuhkan, mengapa tidak perkara yang sama dilakukan terhadap UMNO. – MalaysiaGazette
ZAHID HAMIDI ni sihat ke SAKIT? AKARUMBI perlu Rujuk ZAHID kepada Doctor PAKAR OTAK. PAU Pemuda suruh DAP minta maaf kerana menghina perlekeh AHLI-AHLI UMNO (bodoh bangang pencuri rasuah racist penghasut rompak samun hartanah Negara dan sehina-hinanya manusia, mungkin DAP kecualikan ZAHID) ZAHID HAMIDI sebagai KEPALA UMNO jawab tak perlu DAP minta maaf sebab perundingan telah:-
“nyatakan beberapa Kali”
“perkara itu syarat utama”
“mereka setuju 100% *KITA* tidak ulang perkara yang sama”.
Jawaban saranan ZAHID HAMIDI ni apa yang DIA FAHAM? apa isinya?
camni punya “JAWAB” kot SPRM rasa macam betul-betul BETUL…
jawaban camni kalau ANAK KORANG jawab agak-agak berapa score IBUBAPA nak bagi?
dekat sangat DAH PRN 6 NEGERI ni… membuat ZAHID fikir lain cakap lain buat lain… risau ketar cemas takut gigil. semuga ZAHID HAMIDI masih mampu bertindak “SIMPAN-SIMPAN SOROK-SOROK SEMBUNYI-SEMBUNYI” untuk kesenangan selepas ini. goodbye Zahid Hamidi