ROMPIN – Tiga beradik maut dalam nahas kemalangan apabila lori yang dinaiki mereka bertembung dengan sebuah kren di Kilometer 136 Jalan Kuantan-Johor Bahru dalam insiden 7.20 petang semalam.

Ketua Polis Daerah Rompin, Deputi Superintendan Deputi Superintendan Mohd Azahari Mukhtar berkata ketiga-tiga mangsa meninggal dunia di lokasi nahas akibat kecederaan parah di kepala dan kaki.

Mangsa dikenali sebagai Muhammad Firdaus Abu Bakar, 28; Muhammad Solihin Abu Bakar, 21; dan Ahmad Jazuly Abu Bakar, 17, beralamat terakhir di Kampung Kolek di Rompin.

“Siasatan awal mendapati lori jenis Toyota Hiace yang dipandu  Muhammad Solihin  dalam perjalanan dari arah Johor Bahru menghala ke Kuantan, manakala kren dari Kuantan ke Johor.

“Ketika tiba di lokasi kejadian, lori dinaiki mangsa dipercayai hilang kawalan sebelum terbabas ke laluan bertentangan dan bertembung dengan kren.

”Pemandu dan dua kelindan lori meninggal dunia manakala pemandu kren mengalami  kecederaan luka di bahagian badan,” katanya.

Hasil pemeriksaan lanjut mendapati mangsa yang memandu lori berkenaan merupakan pelajar Politeknik Muadzam Shah dan mempunyai tiga rekod saman lampau manakala pemandu kren pula mempunya lima saman rekod lampau.

Mayat ketiga beradik itu dihantar ke Unit Forensik Hospital Rompin bagi ujian calitan Covid-19 sebelum dilakukan proses bedah siasat.

Mohd Azahari berkata, kes masih dalam siasatan lanjut di bawah Seksyen Seksyen 41(1) APJ 1987. – MalaysiaGazette