KUALA LUMPUR – Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menerima menghadap Perdana Menteri Ke-9, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob di Istana Negara, Kuala Lumpur pada pukul 11.30 pagi semalam.
Ismail Sabri dalam hantaran facebook miliknya berkata, beliau menyembah maklum kepada KDYMM Tuanku mengenai program-program yang dirancang di bawah Yayasan Keluarga Malaysia (YKM).
YKM bertanggungjawab untuk membantu anak-anak yatim yang kedua ibu bapa mereka meninggal dunia akibat Covid-19 serta ibu bapa yang meninggal dunia akibat kemalangan jalan raya dan bencana yang lain dari aspek kebajikan dan pendidikan.
“Patik menjunjung kasih di atas kesudian KDYMM Tuanku untuk mencemar duli berangkat ke program YKM khususnya untuk bersama anak-anak yatim dalam waktu terdekat.
“Patik juga menjunjung kasih atas perkenan KDYMM Tuanku menerima patik menghadap dan atas keprihatinan Tuanku untuk membantu anak-anak yatim YKM,” katanya.
Beliau mendoakan agar KDYMM Tuanku sentiasa dirahmati Allah SWT, sihat walafiat dan dipanjangkan umur serta sentiasa berada dalam lindungan dan rahmat-Nya. – MalaysiaGazette
Agong ni bebetul berjiwa dan menjaga rakyat. YDPA terbuka menerima bincang daripada Pemimpin BIASA. Luar biasa President Wak Welanon jumpa Agong dia tunjukkan bahawa semua MP UMNO BN adalah mengikut telunjuknya..
ZAHID HAMIDI jumpa Agong tidak bawa MP UMNO dan Ismail Sabri jumpa Agong pun tak bawa lelain pemimpin… ZAHID HAMIDI tak HIDU ke perbincangan SEBENAR? Wak jangan tanya Lokman Adam dengan anak Jalil tu… nanti banyak temberang dan berhalusinasi di suntik ke otak… parah ini parah lebih parah tak berapa hari lagi PRN 6 NEGERI… akarumbi UMNO ucap tengok-tengok cermin selagi “DAN” ZAHID oii… Sayonara goodbye Zahid Hamidi