KUALA LUMPUR – Datin Seri Rosmah Mansor menjelaskan, beliau tidak terlibat dalam proses permohonan Pengampunan Diraja terhadap suaminya, Datuk Seri Najib Razak yang kini menjalani hukuman 12 tahun penjara.
Ini kerana, semua perbincangan mengenai perkara itu dibincangkan oleh Najib bersama anak perempuannya, Nooryana Najwa sepanjang pertemuan bersama bekas Ahli Parlimen Pekan itu di penjara.
Rosmah bagaimanapun terharu dengan sokongan serta usaha UMNO untuk membawa keluar suaminya secepat mungkin.
“Itu saya tidak tahu kerana saya tak masuk campur (pemohonan Pengampunan Diraja terhadap Najib).
“Semalam adalah satu manifestasi di pihak mereka apabila mereka kata kita inginkan Najib mendapat keadilan “Justice for Najib’ dan saya ingin ucapkan ribuan terima kasih kepada mereka yang memperjuangkan keadilan di negara ini bukan saja untuk Najib tetapi untuk semua orang dalam negara ini,” katanya kepada media selepas menghadiri Perhimpunan Agung UMNO (PAU2033) di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia (WTC), hari ini.
Semalam, ketika menyampaikan ucapan dasar pada PAU2023, Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mendesak supaya Najib diberi keadilan yang sewajarnya.
Desakan yang disuarakan di hadapan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mengikuti ucapan dasar tersebut disambut dengan laungan ‘Bebaskan Bossku’.
Selain itu, ramai perwakilan dilihat memegang poster yang memaparkan tulisan ‘Solidariti Untuk Najib Razak’ sebagai tanda sokongan terhadap bekas Presiden UMNO itu.
Dalam pada itu, Rosmah turut melahirkan rasa sedih beliau setiap kali hadir ke perhimpunan agung parti itu.
Katanya, Najib selalu menceritakan kepadanya tentang apa lagi usaha untuk beliau ketengahkan bagi membela nasib rakyat khususnya orang Melayu.
“Saya rasa sedih kerana beliau tidak dapat bersama-sama dengan kita yang kadang-kadang saya juga membayangkan ketika beliau menjadi presiden bagaimana dia duduk di atas nak cakap apa lagi dia patut buat kepada ahli UMNO.
“Saya nak bagitau dia selalu fikirkan rakyat dan negara kadang-kadang saya masuk kereta dengan dia, dia tanya apa yang rakyat dan negara tak cukup,” katanya lagi.
Untuk rekod, ini kali kedua UMNO mengadakan perhimpunan tahunan tanpa kehadiran bekas Perdana Menteri Keenam itu yang dipenjarakan selama 12 tahun selepas disabitkan dengan kes SRC International Sdn Bhd. – MalaysiaGazette
Rosmah BEKAS JANDA kini BINI NAJIB RAZAK BANDUAN sedang dipenjara tidak terlibat untuk Najib bebas!!! kenapa ya… mungkin Rosmah TAHU turn dia nak jemput.. main tahun juga tu.. Najib kalau diluar Rosmah TAHU DAH feel dia …
ZAHID HAMIDI pulak ngaku NAJIB amat memikirkan rakyat dan “terbayang-bayang Najib jadi President UMNO” untuk “menzahirkan”seharusnya jawatan President dikosongkan tanpa pertandingan… boleh minta “KELULUSAN KHAS” MENTERI DALAM NEGERI jika Peraturan UMNO menjadi halangan… takkan bodoh bangang sangat MKT untuk berfikir… Sayonara goodbye Zahid Hamidi after PRN 6 NEGERI