Anwar (kiri) pada Program Temu Anwar di USM Pulau Pinang hari ini.

GEORGE TOWN – Kira-kira 5,000 orang termasuk pelajar pelbagai universiti dan orang ramai menghadiri Program Temu Anwar di Universiti Sains Malaysia (USM) hari ini.

Sebanyak tujuh soalan diajukan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menerusi program yang berlangsung selama sejam itu.

Antara yang soalanĀ  dalam pertemuan itu termasuk isu doktor kontrak; pemansuhan Ujian Penilaian Rendah (UPSR) dan Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3).

Orang ramai tidak melepaskan peluang bergambar dengan Anwar Program Temu Anwar di Universiti Sains Malaysia (USM) hari ini.

Selain itu, ada perwakilan pelajar yang meminta Menteri Kewangan itu memberi peruntukan untuk USM mendapatkan bas susulan.

Ini memandangkan bas sedia ada tidak cukup untuk kegunaan pelajar termasuk di kampus induk selain usang, garis panduan baharu bagi elaun latihan industri bagi graduan serta mewujudkan semula sudut pidato (speaker corner) di universiti.

Hadir sama, Ketua Menteri Pulau Pinang, Chow Kon Yeow dan Naib Canselor USM, Prof Datuk Ir Dr Abdul Rahman Mohamed.

Program Temu Anwar di Pulau Pinang merupakan siri ketiga selepas beliau mengadakan perjumpaan di Univesiti Malaysia Sabah pada 31 Mei lalu.

Menerusi program itu, rakyat negeri terbabit terutama orang muda berpeluang untuk bertanya soalan secara langsung kepada Perdana Menteri. – MalaysiaGazette