Saturday, June 15, 2024
Home Sukan McTominay jadi rebutan Newcastle, Everton

McTominay jadi rebutan Newcastle, Everton

Scott Mctominay. Foto The Sun.

LONDON – Everton berminat mendapatkan pemain Manchester United, Scott McTominay dalam usaha mengukuhkan bahagian tengah mereka pada musim panas ini.

Namun menurut Football Insider, Newcastle yang sebelum ini turut dikaitkan dengan pemain antarabangsa Scotland itu juga sedia bersaing dengan seteru Liga Perdana Inggeris (EPL) selain juara baru Liga Konferensi Eropah UEFA, West Ham yang turut mengintai peluang.

Newcastle dilaporkan telah meletakkan tawaran melebihi £20 juta (RM116 juta) kepada skuad kendalian Erik Ten Hag dan The Toffees disifatkan sebagai kelab pilihan untuk mengikat pemain berusia 26 tahun itu.

Mc Tominay melakukan debut sulung bersama United ketika berdepan Arsenal di Emirates pada musim 2017. – Agensi