Gambar yang dikongsi Anthony Loke di Facebook .

KUALA LUMPUR – Nombor plat kenderaan FF 1 yang dibida dengan nilai RM1.2 juta telah diserahkan kepada pemiliknya Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar.

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke mempersembahkan secara simbolik nombor plat FF 1 kepada baginda yang merupakan pemilik nombor khas unik tersebut pagi tadi.

“Tuanku telah perkenan untuk membayar kepada kerajaan sebanyak RM1.2 juta untuk nombor khas tersebut!

“Untuk rekod, bayaran RM1.2 juta merupakan nilai tertinggi yang pernah dikutip setakat ini oleh kerajaan untuk pendaftaran satu nombor plat kenderaan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Anthony menjelaskan, jumlah kutipan hasil kerajaan untuk nombor siri FF berjumlah RM35.4 juta.

Sultan Ibrahim juga merupakan pemilik nombor plat kenderaan F1 selepas berjaya membida turutan nombor baharu bagi Putrajaya itu pada nilai RM836,660 pada 2016. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast