Pasukan keselamatan menjalankan kerja-kerja menyelamat selepas sebuah bas membawa rombongan perkahwinan terbalik di Hunter Valley, NSW. foto Twitter

NEW SOUTH WALES – Sekurang-kurangnya 10 orang maut dan 11 lagi cedera selepas sebuah bas yang membawa rombongan perkahwinan terbalik di Hunter Valley, dekat sini.

Manakala 18 orang lagi dilaporkan selamat dalam kejadian yang berlaku selepas jam 11.30 malam.

Polis telah melancarkan siasatan berhubung keadaan sekitar nahas itu.

Pemandu bas itu, lelaki berusia 58 tahun, ditahan.

Pemangku Polis NSW Asisten Komisioner Tracy Chapman menjangkakan, jumlah korban akibat nahas itu boleh meningkat.

“Dia ditahan. Dia pernah menjadi pemandu kemalangan kenderaan bermotor di mana terdapat kecederaan maut dan akan ada pertuduhan belum selesai,” katanya.

Perdana Menteri Australia Anthony Albanese berkata, tragedi itu amat menyedihkan pada hari yang sepatutnya mengembirakan.

“Bas disewa untuk majlis perkahwinan oleh tuan rumah untuk memastikan tetamu mereka selamat tetapi berakhir dengan tragedi,” katanya pada sidang media di Canberra.

Albanese berkata, beberapa penumpang yang cedera berada di Hospital John Hunter, tetapi ada sebahagiannya telah diterbangkan ke Sydney. – Agensi

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast