Radzi Jidin.

KUALA LUMPUR – Kertas Putih Pengurusan Perolehan Vaksin Covid-19 yang dibentangkan Timbalan Menteri Kesihatan menyangkal dakwaan Perdana Menteri yang perolehan vaksin tidak dibawa ke Jabatan Peguam Negara (AGC).

Datuk Dr. Mohd Radzi Md Jidin (Putrajaya – PN)) berkata, usul yang dibentangkan oleh Lukanisman Awang Sauni pada Khamis lepas menyatakan perolehan vaksin telah dibawa ke AGC.

“Dewan ini mengambil maklum bahawa perjanjian yang ditandatangani telah melalui proses semakan dan nasihat dari Jabatan Peguam Negara.

“Jadi siapa hendak minta maaf ini? Yang telah memberi gambaran bahawa seolah-olah perkara pembelian vaksin ini tidak dibawa melalui Peguam Negara.

“Tetapi dalam usul yang dibentangkan sendiri oleh Timbalan Menteri Kesihatan jelas dikatakan perkara ini telah dibawa ke Peguam Negara,” katanya di Dewan Rakyat hari ini.

Beliau meminta kerajaan supaya lebih berhati-hati dalam mengeluarkan kenyataan.

“Rasa sedih pegawai-pegawai kesihatan berjumpa menceritakan apabila selesai pandemik, macam-macam disiasat seolah-olah kami membuat salah,” kata Radzi.

Pada Februari lepas, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika mengumumkan Kementerian Kesihatan (KKM) akan membentangkan kertas putih mengenai perolehan vaksin berkata, ada perkara yang tidak ikut peraturan dan ditandatangani oleh menteri tanpa persetujuan AGC.

Susulan penafian daripada bekas Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin, Anwar memaklumkan dakwaan itu dimaklumkan sendiri oleh pihak KKM.-MalaysiaGazette

1 Komen

  1. Org ketagih menipu, cakap semua pun nak selit gak menipu. Bila dag kantoi camni, mesti BangNon tgh fikir nk menipu apa plak pasni.

Comments are closed.