Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Seorang lelaki berusia 55 tahun ditemui tidak sedarkan diri dalam tandas berkunci sebelum disahkan meninggal dunia di sebuah rumah di Setia Alam, Shah Alam, pagi tadi.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Mohamadul Ehsan Mohd Zain berkata, pihaknya menerima panggilan daripada isteri mangsa pada jam 3.04 pagi mengenai suaminya yang terkunci dalam tandas di rumah mereka.

Katanya, sepasukan pegawai dan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kota Anggerik bergegas ke lokasi.

“Sejurus tiba di lokasi, didapati tandas terkunci dan mangsa dipercayai pengsan di dalamnya.

“Selepas pintu dibuka, mangsa dijumpai tidak sedarkan diri atas lantai dan disahkan meninggal dunia oleh pihak Kementerian Kesihatan,” katanya dalam kenyataan. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast