Ketua Polis Daerah Maran, DSP Norzamri Abd Rahman

KUANTAN – Polis menahan sembilan individu berusia antara 23 hingga 59 tahun yang disyaki terlibat dalam  pergaduhan di Sri Jaya dalam kejadian petang semalam.

Ketua Polis Daerah Maran, Deputi Superintendan Norzamri Abd Rahman berkata, penahanan tersebut berkaitan dengan kejadian seperti dalam video yang ditularkan menerusi aplikasi media sosial.

”Polis mengesahkan satu kejadian pergaduhan membabitkan beberapa individu pada 1 petang di Sri Jaya.

”Polis telah menerima maklumat berkaitan kejadian dan satu laporan  telah dibuat.

“Hasil siasatan pihak polis mendapati beberapa individu yang terlibat telah dikenalpastl,” katanya menerusi kenyataan.

Menurut Norzamri, tiga individu yang mengalami kecederaan ringan di dalam kejadian itu dan mendapat rawatan sebagai pesakit luar hospital.

KEs berkenaan masih dalam siasatan lanjut di bawah Seksyen 148 Kanun Keseksaan.

Terdahulu  pada 11 Jun lalu tular di aplikasi media sosial berkait sebuah video pergaduhan melibatkan beberapa individu.

Justeru beliau  memohon kerjasama dari semua pihak agar tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh mengugat ketenteraman awam memandangkan kes masih dalam siasatan pihak polis. – MalaysiaGazettte