Gambar hiasan

NEW YORK – Harga hadapan minyak mentah menjunam pada Isnin selepas Goldman Sachs menurunkan unjurannya harga minyak.

West Texas Intermediate (WTI) untuk penghantaran Julai susut AS$3.05 dolar AS, atau 4.35 peratus, untuk ditutup pada AS$67.12 setong di New York Mercantile Exchange.

Minyak mentah Brent untuk penghantaran Ogos turun AS$2.95 atau 3.94 peratus, untuk ditutup pada AS$71.84 setong di Bursa Hadapan ICE London.

Goldman Sachs telah menurunkan unjuran niaga hadapan minyak mentah Brent kepada AS$86 menjelang Disember 2023 berbanding unjuran awal AS$95 dolar setong, menurut laporan bank pelaburan itu.

Sementara itu, niaga hadapan minyak mentah WTI dijangka turun AS$81 setong menjelang akhir 2023 berbanding ramalan awal AS$89 setong.

“Minyak WTI jatuh kerana peniaga memberi tumpuan kepada ramalan yang disemak daripada Goldman Sachs,” kata Vladimir Zernov, Penganalisis Pasaran FX Empire.

Pelabur juga kekal berhati-hati menjelang pengeluaran laporan bulanan oleh Agensi Tenaga Antarabangsa dan Pertubuhan Negara Pengeksport Petroleum serta mesyuarat dasar monetari di Amerika Syarikat, Kesatuan Eropah dan Jepun minggu ini.

Harga minyak menjunam pagi Isnin apabila tumpuan beralih daripada bahagian penawaran kepada kebimbangan mengenai permintaan, menurut Phil Flynn, Penganalisis Kanan The PRICE Futures Group.

“Laporan bahawa Saudi Aramco berjanji untuk membekalkan jumlah minyak mentah penuh kepada penapis Asia walaupun pengurangan pengeluaran menimbulkan kebimbangan mengenai komitmen Arab Saudi terhadap pengurangan pengeluaran. – Agensi

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast