Gimik pelancaran dan penyerahan Komitmen Lebihan Makanan, daripada Kenneth (tengah), Sugunan Varatharaj (kanan) kepada Leonard Chia (kiri), di Kuantan, Pahang.

KUANTAN – Lotus’s Stores Malaysia Sdn Bhd (Lotus’s Malaysia) mengembangkan sayapnya cawangan ke- 66 di sini dengan samping menerapkan konsep semangat keluargaan senada dengan tanda pagar #Kitakanjiran.

Ketua Komunikasi dan Kelestarian Lotus’s, Hanim Hamdan berkata, stor dengan konsep terkini di Indera Mahkota 8 di sini merupakan pembukaan terbaharu di Pantai Timur selepas Kelantan dan akan memulakan projek Food Surplus Commitment selepas sebulan ia beroperasi.

”Pihak kami (Lotus’s) amat komited untuk mengelak pembaziran makanan tidak terjual dengan menyalurkannya ke Program Derma Makanan Perdana Lotus’s Malaysia.

”Kami mempunyai impian untuk menjadikan setiap stor Lotus’s sebagai lokasi yang memiliki semangat kekeluargaan yang tinggi, sesuai dengan tag kami iaitu #KitakanaJiran.

“Kita juga melakukan kerja kebajikan antara lainnya membantu sekolah angkat dan mengagihkan lebihan makanan kepada golongan memerlukan selain melihat keperluan yang boleh dibantu di setiap tempat,” katanya.

Menurutnya program berkenaan berjaya telah menukar 2.4 juta kilogram lebihan makanan kepada 10.4 juta hidangan makanan yang berjaya memenuhi keperluan 120,000 keluarga kurang berkemampuan sejak diwujudkan pada tahun 2018.

Hadir bagi merasmikan majlis perasmian Lotus’s di IM8 itu ialah Presiden Lotus’s Malaysia, Kenneth Chuah dan  Ketua Pegawai Penguat Kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Pahang, Muhammad Radzi Johari. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast