Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR – Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer (PUSPAKOM) Sdn Bhd memperkenalkan Program Wakil Pelanggan Yang Diluluskan (PAR) bagi mengatasi masalah manipulasi caj perkhidmatan yang dikenakan oleh orang tengah atau jurugegas (runner).

PUSPAKOM dalam kenyataan memaklumkan, lazimnya ramai pelanggan menggunakan khidmat runner atau orang tengah bagi urusan pemeriksaan kenderaan di pusat pemeriksaan.

Namun, katanya, ada segolongan daripada mereka yang memanipulasi, mengenakan caj perkhidmatan yang tinggi dan memberi maklumat palsu kepada pelanggan.

“Pelanggan kemudiannya membuat aduan bahawa PUSPAKOM tidak telus, dan ini telah memberi persepsi buruk terhadap imej kami,” menurut kenyataan itu hari ini.

Justeru, melalui sistem PAR yang diperkenalkan, PUSPAKOM membuat saringan latar belakang akan dijalankan bagi semua runner dengan kerjasama pihak berkuasa dan mereka yang lulus saringan akan didaftar sebagai PAR.

PUSPAKOM menjelaskan semua pelanggan yang ingin menggunakan khidmat orang tengah digalakkan untuk mendapatkan khidmat PAR melalui senarai PAR menerusi laman web www.puspakom.com.my.

Bagaimanapun, PUSPAKOM masih mengalu-alukan orang ramai untuk hadir sendiri ke pusat pemeriksaan dan inisiatif itu tidak berniat untuk menafikan hak pelanggan untuk hadir sendiri ke pusat berkenaan. – MalaysiaGazette

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

1 Komen

  1. Boleh buat income lebih ni… ada lesen bukan peras ugut. semua runners yang biasa MENIPU perlu lulus saringan yang halal hehehehe. bila lulus pengguna tidak boleh membebel.

Comments are closed.