Ketua Polis Negara, Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani. Foto HAZROL ZAINAL, 28 DISEMBER 2022.

KUALA LUMPUR – Ketua Polis Negara, Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani dijangka berundur awal dari jawatannya daripada tarikh sebenar tempoh perkhidmatan yang akan berakhir  tahun ini.

Acryl yang bersara wajib pada 2021 telah dilanjutkan perkhidmatannya dengan ditawarkan kontrak selama dua tahun yang sepatutnya berakhir pada 3 Oktober 2023.

Namun tular maklumat di media sosial beliau bakal melepaskan jawatan itu empat bulan lebih awal iaitu pada 22 Jun ini.

Ada khabar angin yang melaporkan Acryl Sani melepaskan jawatan itu kerana mahu bakal dilantik menjadi duta namun ia belum dapat disahkan.

Difahamkan istiadat polis untuk paluan berundur kepada beliau diaturkan pada tarikh yang sama.

Bagaimanapun Bahagian Urusetia KPN di Bukit Aman memaklumkan tarikh sebenar belum dimuktamadkan dan sebarang perkembangan mengenainya akan dimaklumkan kelak.

Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain yang dilantik ke jawatan nombor dua itu pada 21 Disember 2022 sebelum disambung kontrak selama dua tahun sehingga 15 Mac 2025 dikhabarkan bakal menjadi pengganti Acryl Sani. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast