Proton Wira yang terbabit langgar lari dengan sebuah motosikal di Jalan Hulu Langat, berhampiran Sekolah Sg Serai menghala ke Batu 14, Hulu Langat. Foto Ihsan Polis

KAJANG – Polis sedang mengesan pemandu Proton Wira yang disyaki terlibat dalam kejadian langgar lari dengan sebuah motosikal di Jalan Hulu Langat, berhampiran Sekolah Sg Serai menghala ke Batu 14, Hulu Langat semalam.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Mohd Zaid Hassan berkata, kemalangan sekitar jam 8 pagi itu menyebabkan kematian penunggang motosikal mangsa yang berusia 22 tahun.

“Siasatan awal mendapati semasa kejadian penunggang motosikal jenis Suzuki Fu 150 dalam perjalanan menghala ke Batu 14, Hulu Langat.

“Sampai di simpang tiga Jalan Hulu Langat berhampiran Sekolah Kebangsaan Sg Serai, disyaki sebuah Proton Wira yang datang dari arah bertentangan telah membelok masuk simpang di sebelah kiri penunggang motosikal dengan cuai sehingga berlaku kemalangan.

“Pemandu kereta telah melarikan diri dari tempat kemalangan,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Katanya, mangsa yang dibawa ke Hospital Ampang, disahkan meninggal dunia akibat kecederaan yang dihadapi dalam kejadian itu.

Mengulas lanjut, Mohd Zaid berkata, pihak polis kini sedang mengesan pemandu Proton Wira bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan.

“Nama pemilik Proton Wira didaftarkan atas nama Sarmadi Bin Noramat dan alamat yang terakhir yang dikesan oleh pihak polis di alamat No 18, Jalan Watan 12, 68000 Ampang Selangor,” katanya.

Beliau meminta mana-mana individu atau saksi bebas yang mempunyai maklumat mengenai kejadian untuk menghubungi Pegawai Penyiasat Kes, Inspektor Ammar di talian 018-2586153 atau menghubungi balai polis berdekatan daerah Kajang bagi menyalurkan maklumat. -MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

1 Komen

  1. Biasanya kalau proton wira, Iswara, waja dan jenis sewaktu dgnnya pemiliknya kebanyakkan warga Indonesia yg tahu beli kereta lama tapi tak tukar hak milik..pihak penguatkuasa terutama polis dan JPJ sepatutnya bertindak lebih tegas dlm melakukan pemeriksaan dan penguatkuasa undang undang..jgn pandai membutakan mata.

Comments are closed.