Tengku Razaleigh Hamzah

PUTRAJAYA – Mahkamah Persekutuan hari ini membenarkan rayuan Barisan Nasional (BN) untuk mencabar kemenangan calon Pas, Datuk Mohd. Azizi Abu Naim bagi kerusi Parlimen Gua Musang pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) lalu.

Keputusan sebulat suara tiga panel hakim diketuai oleh Hakim Besar Sabah dan Sarawak Tan Sri Abdul Rahman Sebli hari ini.

Turut bersidang Hakim-Hakim Datuk Seri Hasnah Mohammed Hashim dan Datuk Nordin Hassan memerintahkan petisyen itu dikembalikan ke Mahkamah Tinggi Kota Bharu agar meritnya didengar dan diputuskan melalui perbicaraan penuh.

Sebelum itu, seorang pengundi, Mohd Azmi Mahmood telah memfailkan petisyen pilihan raya mewakili calon BN, Tengku Razaleigh Hamzah.

Mahkamah menetapkan prosiding disebut secara dalam talian pada 26 Jun ini.

Pada 3 Januari lepas, Mohd Azmi telah memfailkan petisyen berkenaan menamakan Mohd Azizi Pegawai Pengurus Pilihan Raya Ab Fatah Hasbullah dan Suruhanjaya Pilihan Raya sebagai responden.

Pada PRU15, Tengku Razaleigh atau Ku Li gagal yang memperoleh 21,663 undi gagal mempertahankan kerusi Parlimen Gua Musang apabila tewas kepada Mohd Azizi dengan majoriti 163 undi. -MalaysiaGazette

 

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast