Muhammad Azeem Mohd Fahmi.

KUALA LUMPUR – Pelari pecut sensasi negara, Muhammad Azeem Mohd Fahmi dibenarkan pulang ke tanah air untuk menyertai kem latihan kontinjen negara ke Sukan Asia 2022 di Hangzhou, China pada 23 Sept hingga 8 Oktober ini.

Pengurus Besar Kesatuan Olahraga Malaysia (KOM), Nurhayati Karim mengesahkan khabar berkenaan berkata atlet  berusia 19 tahun itu  akan kembali dalam masa terdekat dan turut menyertai Kejohanan Olahraga Asia di Bangkok, Thailand pada 12 hingga 16 Julai.

“Azeem akan balik berlatih di sini dalam masa terdekat. Kita belum pasti tiket penerbangan pulang bila tapi kita harap dia bersama-sama kontinjen ke Bangkok.

“Azeem dapat lampu hijau daripada universitinya ke Bangkok, dan akan terus ke Sukan Asia,” katanya kepada pemberita selepas mesyuarat pemilihan atlet dan pegawai ke Sukan Asia 2023 di sini hari ini.

Muhammad Azeem yang sudah lima bulan berpangkalan di Amerika Syarikat bagi melanjutkan pengajian dan mengembangkan kerjaya olahraganya di Universiti Auburn dilaporkan berkemungkinan kembali ke tanah air untuk menyertai kejohanan Terbuka Malaysia pada Julai.

Mengulas mengenai pemilihan atlet ke Sukan Asia di Hangzhou, Norhayati berkata, pihaknya masih menunggu keputusan akhir mengenai jumlah sebenar atlet yang akan menggalas cabaran negara di temasya empat tahun sekali itu.

Beliau berkata, setakat ini seramai 21 atlet olahraga disenaraikan ke Sukan Asia iaitu lima atlet dalam Kategori A manakala selebihnya Kategori B.

“Itu hanya jangkaan awal dan kita berharap ada pertambahan atlet selepas Kejohanan Olahraga Asia,” katanya. – Bernama

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast