Adly Zahari

SUNGAI BULOH – Parti Amanah Negara (AMANAH) akan menggunakan strategi formula Kerajaan Perpaduan untuk merampas alih Kedah kembali pada Pilihan Raya Negeri (PRN) tidak lama lagi.

Naib Presiden parti dalam gabungan dalam Pakatan Harapan itu, Adly Zahari berkata, ini kerana formula Kerajaan Perpaduan dibentuk selepas Pililihan Raya Umum Ke-15 telah membuka banyak ruang untuk parti komponennya bersaing dalam PRN yang akan diadakan di enam buah negeri di Kedah, Pulau Pinang, Selangor, Negeri Sembilan, Kelantan dan Terengganu.

“Jika dilihat teliti, AMANAH memang terlibat dalam PRN di semua negeri dan sudah pastilah secara asasnya kita akan tumpukan sepenuh perhatian terhadap mana-mana kerusi yang pernah kita menangi sebelum ini untuk kita fokus dan mempertahankannya pada kali ini.

“Kita ada peluang bukan sahaja untuk mendokong rakan-rakan Kerajaan Perpaduan di Negeri Sembilan, Selangor dan Pulau Pinang malah juga di Kedah, Kelantan dan Terengganu nanti,” katanya dalam sidang media hari ini.

Terdahulu Timbalan Menteri Pertahanan menyempurnakan Majlis Penganugerahan Diploma Kemahiran Malaysia (Program Recognition of Prior Experiential Learning-RPEL) & Sijil PERHEBAT kepada veteran-veteran Angkatan Tentera Malaysia di Dewan Jubli Perak, Kompleks PERHEBAT, Kem Sungai Buloh hari ini.

Adly menyatakan keyakinannya dengan formula berkenaan dan sepakat AMANAH mempunyai peluang cerah untuk membuat kejutan di Kedah.

“Saya yakin formula Kerajaan Perpaduan Madani ini boleh memberikan banyak ruang bukan sahaja pertahankan tiga negeri milik PH yang sedia ada malah ambil kembali negeri Kedah dari cengkaman Pas dan dalam masa yang sama di Kelantan dan Terengganu.

‘Saya yakin kita mampu bersaing di Kelantan dan Terengganu dan saya fikir rakyat di san khususnya Terengganu banyak perubahan kerajaan dan yakin formula Kerajaan Perpaduan boleh membuka banyak ruang kepada kita nanti,” tegasnya. -MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

1 Komen

  1. Thanks but no thanks. Driver gomen negeri Kedah skang ni dah elok dah bawak negeri. Tak nak lah tukar amik driver yg lesen keta pun takda tu..

Comments are closed.