Keadaan rumah yang hangus terbakar.

KUANTAN – Sebuah rumah di Kampung Tanah Rom, Jalan Kampung Pulau Mansok, Jerantut nyaris musnah dalam kebakaran petang tadi.

Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri Pahang, Zulfadli Zakaria berkata, seramai 14 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Jerantut dan Jengka bergegas ke lokasi kejadian sejurus mendapat laporan jam 2 petang.

Anggota bomba melakukan pemeriksaan selepas api berjaya dikawal.

Kebakaran melibatkan sebuah rumah berkeluasan 20 kaki X 40 kaki persegi.

“Api merebak dan mengakibatkan 60% bahagian rumah terbabit terbakar,” kata Zulfadli dalam kenyataan.

Beliau memberitahu, tiada mangsa yang terbabit dalam kejadian dan punca kejadian serta kerugian masih dalam siasatan.- MalaysiaGazette