Dr Asyraf Wajdi Dusuki

KUALA LUMPUR – UMNO telah menghantar mesej protes kepada kepimpinan tertinggi DAP dan mendesak parti itu jangan sesekali meletakkan beliau sebagai calon dalam pilihan raya negeri akan datang jika mahu keharmonian gabungan Kerajaan Perpaduan Malaysia ini berkekalan.

Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dasuki berkata, walaupun Tony Pua bukan lagi pimpinan DAP, tapi ucapannya yang menggelar Barisan Nasional (BN) yang kini bersama Pakatan Harapan (PH) dalam Kerajaan Perpaduan sebagai ‘pakatan ‘korup’ bagaikan ‘meludah ke langit, jatuh ke muka sendiri’.

Bidas Asyraf, bekas Ahli Parlimen DAP itu sendiri masih bermimpi di siang hari sehingga terlupa bahawa kerajaan hari ini bukan kerajaan Pakatan Harapan (PH) tetapi kerajaan gabungan besar BN, PH, GPS, GRS dan Warisan yang didalamnya terdiri daripada 19 parti politik.

“Apa yang diucapnya hanya menyerlahkan kedangkalannya sendiri,” tegas Asyraf yang mengulas dakwaan Pua ketika berucap pada Majlis Makan Malam Mengumpul Dana DAP di perkarangan Dewan Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ), malam tadi.

Mengulas lanjut, Asyraf berkata, rakyat tidak pernah lupa tindak tanduk beliau ketika di Kementerian Kewangan iaitu ketika kerajaan PH mentadbir negara selama 22 bulan, sebelum ini.

“Ketika kerajaan PH 22 bulanlah antara penyumbang utama hingga menyebabkan ekonomi dan kewangan negara yang hebat pada zaman BN memerintah dahulu, jatuh merudum hingga menyebabkan rakyat sengsara.

“Bahkan sehingga ke saat ini, walaupun lima tahun lebih berlalu pun ekonomi negara masih belum dapat dipulihkan sepenuhnya. Malaysia tidak segemilang dahulu!,” katanya.

Ketika berucap dalam majlis yang dihadirinya, Pua turut menyuarakan harapan supaya PH dapat membentuk kerajaan sendiri dalam kalangan komponen gabungan itu, tanpa membabitkan UMNO dan BN sekiranya gabungan itu menang dalam Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang.

Bagi tujuan itu katanya, Pengerusi PH, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dilantik sebagai perdana menteri perlu membuktikan sesuatu kepada rakyat berbilang kaum di negara ini bahawa pentadbiran PH jauh lebih baik dan tidak korup seperti BN. – MalaysiaGazette

2 Komen

  1. Bodoh Tony Pua ni…Anwar nak bukti kan apa? Skrg ni dia bukan PM kerajaan PH…dia PM kerajaan perpaduan lah bahalol…kerajaan PH 22 bulan tu…dah terbukti gagal…

  2. UMNONGOK pimpinan ZAHID asyraf wajdi….SERTA SEKUTUNYA….sanggup jadi MUNAFIK BESAR ..NO DAPIG NO ANWAR..tanyalah Asyraf wajdi pernah MENYALAK 1O sebab umnongok menentang DAPIG

    PIMPINAN AHLI PENYOKONG UMNO terus jadi NGOK bila LKS diberi tan SRI…orang yg sanggup bawa ABU chin peng…13 mei…malaysia malaysian…menentang dasar dan negara ISLAM

    NASI DAH JADI BUBUR….umno tidak perlu melenting kerana tidor sekatil dan sebantal DAPIG
    TUNGGU juga komentar MT dan speaker Johor ..Fuad Jakarshi DAN Timb Majlis ulama umno dan penasihat agama Zahid

Comments are closed.