Deretan ambulans membawa jemaah haji di bawah pengawasan doktor dari Madinah ke Makkah. foto Khaleej Times

MEKAH – Kementerian Kesihatan Arab Saudi hari ini mula mengangkut jemaah haji di bawah rawatan perubatan dari Madinah ke Makkah.

Pesakit dari pelbagai negara, diangkut ke tanah suci menggunakan ambulans di bawah pengawasan doktor, bagi menyempurnakan ibadah haji dan pada masa yang sama, meneruskan rawatan mereka di Hospital Jabal Al-Rahma, di Arafat, menurut Saudi Press Agensi (SPA).

Jemaah haji mengucapkan terima kasih dan penghargaan kepada Penjaga Dua Masjid Suci, dan kepada Duli Yang Teramat Mulia Putera Mahkota kerana memudahkan perjalanan ibadah Haji dan penjagaan kesihatan yang diterima. – BERNAMA

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast